About Me

My Photo
apen
can call me apen.. juz a simple person..enjoy my blog k~
View my complete profile

Jul 12, 2011

air mata

andai gugur lagi air mata ini...
biarkan ianya gugur..
kerana ianya bukanlah gugur sebegitu sahaja..
ianya akan gugur bersama kekecewaan yang tidak terhingga...

andai gugur lagi air mata ini...
janganlah kau menyalahkan diri..
segalanya berpunca dari dalam diri ini..
yang tidak pernah mengerti untuk menyintai sepenuh hati...

andai gugur lagi air mata ini...
ternyata ianya bukanlah kehendak diriku...
aku hanyalah seorang manusia yang biasa..
punyai rasa cinta yang tak mengira masa...

oh~ pedihnya....manisnya jika tiada...
rahsia..
antara kita.......~~

Apr 30, 2011

di mana kan ku cari ganti~


Hendak ku nangis....
Tiada berair mata...
Hendak ku senyum...
Tiada siapa nak teman...
Kalaulah nasib...
Sudah tersurat...
Begini hebat...
Apa nak buat...

Di mana kan ku cari ganti...
Serupa dengan mu...
Tak sanggup ku berpisah...
Dan perhati patah, hidup gelisah...

Alangkah pedih rasa hati...
Selama kau pergi...
Tinggalkan sendirian...
Tiada berteman dalam kesepian...

Dunia terang menjadi gelita...
Cahaya indah tiada bergema...
Keluhan hatiku membawa derita...
Kini kau jua tak kunjung jelma...

Di mana kan ku cari ganti...
Mungkinkah di syurga...
Untuk kawan berduka...
Menangis bersama, selama-lamanya...

pantun la pulak....

dlm kesibukan (sibuk ke??) study utk final exam jap lg, ttbe aku tpanggil utk wat entry yg aku pon x tau sbb nye ni...layan je la ye~

sekeping hati di bawa berlari,
jauh melalui jalan yang sepi,
apa guna kau terus menanti,
andai luka di hati berdarah kembali...

makan roti di pagi hari,
makan tak habis bagi kat Tini, 
sabarlah diri sabarlah hati,
lumrah bercinta memang begini.... 

masak air sampai mendidih,
jangan kau cuba mencecah jari, 
tiada guna kau terus bersedih,
di luar sana ramai menanti....

membeli belah di pekan Miri,
kedai tutup semuanya cuti, 
lupakan kenangan yang menyiksa diri,
kuatkan semangat tabahkan hati!

p/s: ape yang aku mencarut pg2 ni pon aku x tau..huhu..k la..nk smbg study...da~

Apr 24, 2011

aku yang kau panggil sayang~


Aku yang kau panggil sayang...
Ingin menghampiri masa-masa silam..
Engkau yang ku panggil sayang..
Pernah meneroka hati ini..
Detik kemanisan pun berlalu..
Ke manakah janjimu yang suci..

Aku yang kau panggil sayang..
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta..
Engkau yang ku panggil sayang..
Menapak ke hala persimpangan..
Tanpa meninggalkan kata-kata..
Bila kau kan kembali lagi..

Seraut wajah sering ku usap..
Dalam mimpi kita pun bersenda..
Siangku menyebutmu di malam sunyi..
Ku digoda rindu... oh...

Aku yang kau panggil sayang..
Dalam kegelapan ku mencari kasih..
Engkau yang ku panggil sayang..
Mungkin kali ini kehilangan..
Berikan daku saat terakhir..
Mengusap muka mu oh sayang..

Apr 23, 2011

mengapa????

aku tertanya2...
mengapa kau masih begitu?
telah ku katakan pada mu..
jangan di kenang barang yang lepas..
kerana ia amat menyakit kan..
kata2 ku bukan berdasarkan teori fizik yang melalui eksperimen..
tapi berdasarkan pengalaman..

pengalaman telah banyak mengajarku...
apa itu rindu..
apa itu kasih..
apa itu sayang..
dan apa itu cinta...
amat menyakitkan andai cinta tak berbalas...
cukup untuk membuatkan aku separuh gila...

namun aku bersyukur kerana aku telah berjaya melalui hari2 itu...
hari2 yang penuh dengan kesengsaraan...
pengalaman mengajarku erti tabah..
ketika itu aku sedar...
perasaan manusia bukan lah seperti bahan kimia...
yang bisa di campur aduk kan dan membentuk sebatian yang baru...

tetapi perasaan manusia itu unik...
perasaan manusia itu mudah terusik..
mudah juga berubah..

lupakan lah wahai teman..
andai itu pengorbanan yang perlu di lakukan..
pasti akan ada yang lebih baik..
lebih menghargai dirimu....

Apr 22, 2011

untukmu sahabat....

wahai sahabat,
andai kau bersedih, aku sentiasa ada untuk mengembirakan mu..
andai kau berduka, hubungilah aku supaya dapatku kurangkan kedukaan mu..
andai kau merasa hiba, bahu ku sentiasa ada untuk kita sama2 meratapinya..

wahai sahabat,
aku tahu kau sedang bersedih..
lupakan lah kesedihan mu itu..
janganlah dikenang lagi apa yang telah berlaku..
jadikan lah itu sebagai pengajaran dalam hidupmu..
kerana masa itu takkan pernah dapat di undurkan kembali..

wahai sahabat,
pedulikan apa sahaja kata2 nista dari si dia yang tidak tahu menghargaimu...
pedulikan sahaja mulut2 jahat yang sering ingin menjatuhkanmu..
kerana hanya Allah dan dirimu sahaja yang mengetahui apa yang berlaku..

namun begitu wahai sahabatku,
andai aku bersedih, janganlah kau turut bersedih...
kerana aku tidak mampu melihat air matamu bercucuran lagi..
aku tahu kau telah lama menderita..
aku tahu kau telah disakiti..
biarkan aku bersedih sendiri..
biarkan aku mencari penawarku sendiri..

ingatlah wahai sahabat,
apabila kau bersedih, ingatlah aku...
mungkin ia akan mengurangkan kepedihan mu...
kerana aku sentiasa ada sebagai penawarnya....

Apr 21, 2011

lame suda~

aah~ lme nye aku x m'update blog aku ni..bkn lg bsawang,tp dh lbh dr tu..huhu..tp xpe..aku try utk m'busy kn diri aku yg dh mmg busy ni ngan mencoret walau sepatah dua kate utk tatapan followers n mmbr2 yg dtg bkunjung ke blog aku ni..hehe